Thursday 1 December 2016

Benda yang tak sepatutnya berlaku buat aku bengang

Entah tiba tiba aku rasa bengang sampai rasa hati aku koyak 360 darjah bila terkenangkan kejadian yang tak sepatutnta jadi.

Time aku ada seringgit dalam wallet. Time tu lah aku tengok ada barang yang aku totally damn freaking(tahap berkeinginan sangat) nak sangat. Sampai ada sale 80%. Tapi apakan daya. Duit takda so mampu tengok je lah dari jauh or paling tidak pun testing jelah kat fitting room or try tester yang ada(produk make up). Saja je nak hilangkan kempunan kan. Nanti tak pasal pasal berlari anak masuk batu belah batu bertangkup. 

Time aku ada duit lain pulak ceritanya. Dengan semangat menyala nyala goku gohan nak shopping time tu lah yang aku gila gila nak sangat sangat takde, habis, tak cantik and nak tak nak je. Aku beli jugaklah yang tak cantik tak berapa cantik pun sebab terpaksa. Memandangkan puas berjalan jalan sampai kaki rasa nak tercabut daripada aku tak beli apa apa pun.

Time aku nak cepat, rushing, time tu lah traffic light merah, minyak kereta kosong, kata pam minyak ramai orang pulak, jalan jammed gila, ada accident pulak kat tengah jalan. Sumpah aku jadi hawtttt(hot) gila time tu. Macam macam jadi boleh buat aku naik sawan.

Time aku tengah pokai nak mampus duit cukup beli makanan je time tu lah laptop buat hal pastu kena bayar tu bayar ni dengan prepaid lagi internet lagi kalau nak harap internet free berbulu tunggu dia buffering. Tak cukup dengan tu make up habis laa, shampoo habis time tu lah nak kena beli benda tu. Sampaikan aku rasa lemas.Time tengah duit takde sesen ni lah macam macam kena guna duit. Memang aku rasa macam jatuh ditimpa tangga simen.

Time aku nak hantar assignment online, time tu jugak line tak dapat connect. Time dah 99% hantar boleh pulak dia failed to sent. Lagi lagi bila aku tengah download something yang sangat important for presentation boleh boleh pulalk dia failed or file corrupted ya Allah mau tak berlubang pc aku tumbuk(belum ada pengalaman tumbuk pc lagi. Hiperbola je.). Lagi masa kita nak gi print assignment tu jugak ramai orang. Time tu lah golongan yang 'pandai' nak potong queue. Time tu jugak student situ boleh jadi bodoh tak pandai baca. Time tu jugak lah aku meroyan muka ketat.

Time practical test lagi lagi bab sambung cable, configure router and coding tu lah aku paling paling menyampah gila babi lah rasa dia. Aku dah sambung cable, kasi potong cantik dia punya wire ikut warna dia tertib gitu. Bila semua dah hijau tiba tiba satu tu merah(tak tau istilah dia apa budak networking je paham). Bila aku configure router and of courselah lecturer tak nak kita configure yang user interface punya mesti dia nak guna kat terminal jugak. Salah eja 'configure' je pun boleh buat diri ni rasa nak tumbuk muka sendiri. Lagi parah bila coding java aku tak dapat nak run sebab syntax error apetah. Hilang satu ';' je dah rasa diri bodoh gila kot sebab sapa suruh tak bukak mata luas luas. Time practical test ni kalau semua benda failed dah 70% siap tapi error and masa tinggal 5 minit je nak hantar. Memang naik meroyan sakit kuning semua.

Time aku beratur kat atm nak ambik duit.Kira macam dkat sejam jugaklah beratur punya panjang. Orang sebelum aku okay je withdraw duit pastu tiba giliran aku tiba tiba duit habis or out of service. Yang ni memang celaka gila rasa. Beberapa kali jugak lah jadi kat aku. Memang sangat geram.Nak nak kalau aku memang nak guna duit. Sama lah masa zaman poli beberapa minggu yang lepas. Dah atm satu je depan tu. Budak uitm pun ambik duit situ jugak so memang tiap hari menyumpahla duit habis ke atm oos.

Time aku nak beli makanan tapi kat gerai tu orang tak beratur. Tuan gerai main hentam je bagi kat sapa dulu. And kalau aku beli cucur pisang je kalau time ramai orang mestiaku akan dapat yang last even aku orang yang paling awal sampai. Punyalah lama aku tunggu and aku dapat yang last. Paling jaharu(jahanam) selepas aku takde pulak manusia tunggu. Kesimpulannya,aku sorang yang rasa azab menunggu. Ceshh.

Time aku nak , aku bersungguh , seriously nak sangat time tu lah orang buat najis(nak cakap tahi takut kurang ajar sangat) dekat aku. Time aku dah giveup dah move on aku dah delete semua time aku malas nak ambil peduli time tu lah merengek rengek mintak maaf pastu nak hidup macam dulu. pffftttt.

Nah.
Cukup buat aku darah tinggi kencing manis. 
Dengan sawan sekali!
© Membebelbebel | Blogger Template by Enny Law